SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday 29 July 2014

Syeikh Ahmed Yassin (Syahid) Pengasas Hamas, Pembentuk alQassam

BIOGRAFI

1938-2004

Zaman Kanak-Kanak


Beliau dilahirkan pada tahun 1938, sewaktu berusia 5 tahun, bapanya telah meninggal dunia di sebuah kampung yang bernama Al-Joura, kini ianya telah menjadi bandar Ashkelon, Israel. 

Beliau memulakan pendidikan di sekolah rendah Al Jora hingga ke Gred 5 pada 1948. Pada tahun tersebut telah berlaku peristiwa Nakba (Perang Palestin) yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin dihalau oleh kumpulan Zionis hingga ke sempadan Gaza, keluarga Syeikh Ahmad Yassin juga terlibat sama, mereka telah diancam akan dibunuh sekiranya tidak keluar dari rumah. Akhirnya pada tahun tersebut, rumah dan tempat kelahirannya telah dimusnahkan bersama-sama 500 pekan rakyat Palestin yang lain.

Kejadian ini telah memberi kesan yang besar kepada psikolgi beliau hingga pada satu masa dia muncul sebagai seorang musuh yang Zionis takuti. Peristiwa Kemusahan Palestin (Al-Nakba) pada 1948 telah merubah kehidupan keilmuan dan politik Syeikh Ahmad Yassin selama-lamanya. Beliau berpendapat bahawa Palestin hanya boleh teguh atas usaha rakyat mereka sendiri tanpa bergantung kepada negara lain atau pertubuhan antarabangsa.

Pendidikan
Beliau telah menamatkan pendidikan sekolah menengah pada tahun 1957/58 dan telah diterima untuk menjadi seorang guru walaupun mendapat bangkangan ekoran keadaan kesihatan beliau. 1959, beliau telah ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di Univesiti Ain Sham. Dari Universiti ini beliau telah memperoleh Diploma tetapi yang lebih penting sewaktu belajar inilah beliau menjadi ahli Ikhwanul Muslimin yang aktif. Sewatu beliau mahu berangkat ke Gaza pada 1962, dia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir berhubungan dengan aktiviti beliau dalam Ikhwanul Muslimin untuk menggulingkan Presiden Gamal Abdel Nasser. Beliau telah ditahan dipenjara selama sebulan tanpa bicara, setelah beliau disahkan tidak terlibat dalam gerakan tersebut beliau akhirnya dibebaskan. Tempoh tahanan tersebut menjadi amat signifikan dalam pendirian terhadap kebencian kepada ketidakadilan dalam jiwanya. 

Sewaktu Syeikh bergelar pelajar, beliau telah mendapat kecederaan pada bahagian tulang belakang dan lama kelamaan beliau menjadi lumpuh.

Penangkapan Syeikh
Pada 1983, beliau telah ditahan oleh Rejim Israel atas tuduhan memiliki senjata, membentuk pasukan tentera dan menggesa supaya menghapuskan kewujudan negara Yahudi. Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Tentera Israel dan dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun. 1985, setelah dipenjarakan selama 11 bulan, beliau telah dibebaskan dalam rangka pertukaran tawanan antara Rejim Israel dengan PFLL (Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin). 

Hal ini telah membuatkan Syeikh semakin yakin untuk menubuhkan satu badan khusus untuk membela nasib rakyat Palestin yang kian tertindas serta tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Penubuhan HAMAS
1987, Syeikh bersama-sama beberapa aktivis Palestin telah menubuhkan sebuah organisasi yang dikenali sebagai Harakat alMuqawamah alIslamiyyah (HAMAS) yang bermaksud Pergerakan Mempertahankan Islam bertempat di Genting Gaza. Setahun selepas penubuhan HAMAS, tentera Israel telah menyerbu dan menggeledah rumah beliau serta memberi ugutan bunuh kepada beliau yang pada waktu itu hanya berkerusi roda. 

Tindakan Israel ini tidak melemahkan semangat Syeikh walaupun pada mata kasar, beliau hanyalah seorang Insan yang lemah, yakni seorang lelaki yang matanya hampir buta dan tidak berdaya kerana lumpuh.

Mei 1989, Israel telah menangkap Syeikh Ahmad Yassin bersama-sama ratusan aktivis Gerakan HAMAS dalam rangka operasi mereka untuk menghentikan perjuangan bersenjata yang ketika itu digerakan dalam bentuk serangan asSilah alAbyadh (senjata putih / penculikan) terhadap tentera - penduduk - agen Israel.


Penjara Seumur Hidup
Seorang lelaki yang ditakuti oleh Rejim Israel, ditangkap dan ditahan dalam penjara dalam tempoh yang panjang mungkin boleh menyebabkan maut, tetapi hal ini tidak berlaku kepada Syiekh Ahmad Yassin yang lumpuh. Walaupun tidak ditahan hampir dua tahun tanpa pembicaraan yang jelas, akhirnya pada 1991 Mahkamah Tentera Israel telah menjatuhkan hukuman Penjara Seumur Hidup dan ditambah dengan 15 tahun penjara atas 9 pertuduhan antaranya, menggesa (provokasi) penculikan dan pembunuhan terhadap tentera Israel, mengasaskan Gerakan HAMAS serta dua sayapnya iaitu Kententeraan dan Keselamatan.

Pada waktu itu, Syeikh Ahmad Yassin bukan sahaja menderita akibat lumpuh, tetapi diserang juga dengan beberapa penyakit lain, antaranya buta pada mata kanan dan mata kirinya kabur, radang telinga yang kronik, Asma, Radang Usus. Penderitaan beliau bertambah buruk ekoran keadaan penjara Israel yang teruk. Oleh sebab itu, beliau sering dipindahkan ke hospital akibat penyakit yang beliau alami.

13 Disember 1992, sekelompok Pejuang Berani (Intifada) dari Bridget Izzudin alQassam telah menculik seorang tentera Israel. Kumpulan tersebut telah menggunakan tentera yang ditahan itu sebagai tebusan dan mahu ditukarkan dengan Syeikh Ahmad dan tahanan daripada Lubnan. Tetapi permintaan tersebut telah ditolak oleh Kerajaan Israel dan mereka telah bertindak membunuh kesemua tahanan (tentera Israel) dan kumpulan yang menculik yang waktu berada di Kampung Bernabala berdekatan dengan al-Quds.

Pembebasan
1 Oktober 1997, Syeikh Ahmad Yassin telah dibebaskan melalui rundingan antara Jordan dan Israel sebagai pertukaran antara dua orang agen Israel yang ditahan setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh Khalid Misyal, Ketua Politik Maktab HAMAS di Amman. Pembebasan ini berlangsung hinggalah Disember 2001.

Pihak berkuasa Palestin telah mengenakan Tahanan Dalam Rumah terhadap beliau ekoran operasi serangan berani mati yang menyebabkan beberapa orang Israel terbunuh ekoran tindakan Israel dalam pembunuhan pemimpin-pemimpin Intifadah dan tokoh Amal Nasional. 

Perkara ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan menyebabkan ribuan manusia telah berkumpul didepan rumah Syeikh Ahmad Yassin. Akhirnya tercetus pertempuran antara rakyat Palestin dengan pasukan keselamatan Palestin yang mahu menunjukkan kepada Israel dan USA bahawa Pihak Berkuasa Palestin mampu mengawal keadaan.

Pembunuhan
Israel sebenarnya sudah banyak kali cuba untuk membunuh Syeikh Ahmad Yassin, namun tidak berjaya. Serangan yang hampir meragut nyawa beliau berlaku pada 6 September 2003 sewaktu Helikopter Israel mensasarkan sebuah apartmen yang menempatkan beliau di Gaza. Ketika beliau ditemani oleh Ismail Haniyeh namun, serangan tersebut tidak dapat membunuh beliau.

Akhirnya pada 22 Mac 2004, Israel telah membunuh seorang tokoh pejuang Palestin yang kini menjadi sanjungan semua penduduk Gaza terutama golongan pemuda-pemuda Palestin dan Muslim. Beliau telah gugur syahid di hadapan masjid berhampiran rumahnya. Ketika itu beliau baru melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat subuh dan telah dihentam oleh peluru-peluru dari Helikopter Israel yang mengekorinya dari awal.

Rujukan:
http://www.qassam.ps/specialfile-96-Biography.html
http://takdirilahi.wordpress.com/al-syahid-syeikh-ahmad-yassin/




|...........................|

PPSK : Artikel sepatutnya diterbitkan sebelum Syawal..tetapi kami tidak dapat lakukan sedemikian kerana link utama dalam penyediaan artikel ini telah digodam oleh agen-agen Israel... 29 dan 30 Ramdhan menyaksikan berlakunya Serangan Siber pada skala yang agak besar. Beberapa web Malaysia juga diserang seperti Astro. Hingga artikel ini diterbitkan, web rujukan kami itu masih tidak dipulihkan... mungkin webmaster laman itu juga menghadapi kesukaran kerana banyak kemudahan di Palestin telah dimusnahkan oleh peluru berpandu Israel.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...