SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 21 July 2014

Konflik Ukraine-Russia dan MH17

Saat ini, pihak berkuasa Russia dan Ukraine sedang tuduh menuduh antara sama lain dan tidak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian Tembak Jatuh Malaysian Airlines MH17 pada 17 Julai 2014. Masing-masing mengatakan mempunyai bukti siapa yang bersalah, tetapi dalam masa sama terdapat usaha kedua pihak untuk melupuskan bukti dan Kotak Hitam pesawat tersebut telah hilang dipercayai diambil oleh pihak Russia.

Begitulah perkhabaran yang kita terima. Seolah-olah pekara ini menjadi mainan kepada mereka. Kita sedar, Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa yang besar, namun perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Saat ini Pasukan Penyiasat Antarabangsa  dianggotai pihak kesalamatan negara asal penumpang dan krew telah dihalang oleh pihak pemisah yang menguasai kawasan nahas tersebut.

Apa sebenarnya yang berlaku di Ukraine?

Ukraine mempunyai sejarah yang panjang, ringkasnya ia telah merdeka daripada  Kesatuan Soviet (USSR) pada Ogos 1991. Sepanjang berada di bawah Kesatuan Soviet, memang terdapat gerakkan pembebasan daripada rakyat Ukraine, hinggalah mereka mencapai kemerdekaan ekoran kelemahan pentadbiran soviet pada dekad 90an.

Walaupun sudah merdeka, Russia masih mengekalkan Aset Ketenteraan mereka dalam wilayah Ukraine. Semua pengamat politik antarabangsa mengetahui Russia menempatkan Armada Laut Hitam di Pelabuhan Sevastopol di Semenanjung Crimea yang juga sebuah wilayah autonomi Ukraine. Dianggarkan sejumlah 300 buah atau lebih kapal perang Russia ditempatkan di pelabuhan itu.

Pastinya Russia tidak akan mengalih dengan mudah aset mereka ini, dan sebagai menghormati yang mungkin juga tunduk kepada tekanan dunia pada 1997 Russia dibawah Presiden Boris Yeltsin telah membayar sejumlah ganti rugi kepada Ukraine untuk membolehkan Armada Laut Hitam ini kekal di Crimea untuk tempoh 20 tahun hingga 2017.Ukraine pula bergantung kepada Russia untuk bekalan gas dan minyak.

Ringkasnya, aset ketenteraan dan sumber asli merupakan pokok utama dalam diplomasi antara dua negara berjiran ini. Perjanjian yang dicapai pada 21 April, 2010 dan disahkan kedua-dua parlimen Rusia dan Ukraine pada 27 April memberikan gas Rusia kepada Ukraine pada harga yang lebih rendah, dan membenarkan Rusia berada di Sevastopol hingga 25 tahun lagi selepas 2017, iaitu hingga 2042.

Perjanjian ini secara relatifnya menguntungkan Ukraine dari aspek ekonomi, dan meningkatkan beban di Russia memandangkan perjanjian itu hanya melanjutkan tempoh penempatan mereka di Sevastopol, Crimea manakala Russia terpaksa menampung sejumlah AS$40 Billion dalam bentuk bantuan kepada Ukraine hasil daripada perjanjian tersebut.

Keruntuhan Kesatuan Soviet
Selepas USSR runtuh, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah meluaskan penyertaan keahlian dan menjurus kepada perubahan pendirian politik dengan menyebelahi negara-negara eropah dan USA dalam negara-negara bekas USSR terutama Ukraine. Hal ini tidak disenangi oleh Moscow, kerana mereka berpendapat dengan bantuan minyak dan gas yang diberi Ukraine akan tetap menjadi sahabat mereka.

Sebenarnya di Ukraine, bukan semua berpihak kepada Kuasa Barat yang diketuai oleh US, terdapat sebahagian rakyat mereka masih berpihak kepada Russia.Pemimpin-pemimpin Ukraine termasuk bekas Presiden Viktor Yushchenko (menamatkan tempoh presiden pada Februari 2010) menggunakan sentimen anti-Rusia melibatkan isu Crimea dalam kempen pilihan rayanya yang lalu.

Walau bagaimanapun, kekuatan rakyat yang condong ke Barat dan pro-Rusia agak seimbang di Ukraine, menjadikan eksploitasi sentimen berhubung Crimea terbatas. Bagi kumpulan ini, hal ini diburukkan lagi apabila kem pro-Rusia Yanukovych menang dalam pilihan raya presiden awal tahun 2010.

Yushchenko ketika menjadi presiden bertindak cuba mengekang kebebasan tentera laut Rusia di Laut Hitam, dengan mengenakan pelbagai peraturan yang hakikatnya tidak dihiraukan oleh Rusia. Semasa perang Rusia dengan Georgia pada Ogos 2008, Yushchenko mengeluarkan dikri menetapkan pergerakan tentera laut Rusia keluar dan masuk Sevastopol perlu mendapat kebenaran kerajaan Ukraine.

Ukraine juga menggunakan Crimea sebagai senjata diplomasi dalam hubungannya dengan Rusia. Ekoran perang Ogos 2008 itu, Ukraine menerima lawatan kapal tentera laut AS yang menunjukkan gambaran peranan keselamatannya di Laut Hitam.

Penamatan Bekalan Gas
Pada Januari 2006, Russia telah menghentikan bekalan gas kepada Ukraine kerana mereka tidak bersetuju dengan kenaikan harga sumber asli itu oleh pihak Russia. Akhirnya, Ukraine akur dengan tekanan Russia. Tindakan ini sebenarnya mahu memaksa Kiev mengubah sikap mereka dan bertindak lebih mesra kepada Moscow.

Tindakan ini telah menggoyahkan kepercayaan negara-negara Eropah kepada Ukraine dan mereka mula berhati-hati dalam berdiplomasi. Selain itu, reputasi Russia juga terjejas ekoran kejadian tersebut memandangkan Ukraine merupakan laluan utama paip saluran sumber asli tersebut.

Episod Kiev yang tunduk kepada desakan Moscow menyebabkan Russia boleh mencampuri pentadbiran Ukraine. Pada Mac 2014, Presiden Viktor Yanukovych telah digulingkan oleh penunjuk perasaan  yang disokong Barat dan Russia telah bertindak balas dengan memasuki Crimea yang menemptakan aset mereka di Sevastopol. Akhirnya, pihak Ukraine yang dipimpin oleh kerajaan baru Pro-Barat telah mengisytiharkan perang terhadap Russia.

Justeru, jelas disini bahawa Semenanjung Crimea yang merupakan kawasan bergolak, walaupun Ukraine mengisytihar perang, ianya tidak mencakupi perang secara langsung. Tambahan Crimea merupakan wilayah autonomi yang menganggotai Ukraine. Jadi, peperangan ini bukan bersifat offensive tetapi lebih kepada defensive, manakala Russia pula pada dasarnya bukan mahu berperang dengan Ukraine tetapi mereka lebih kepada usaha untuk melindungi aset ketenteraan mereka. Kini, wilayah Crimea telah isytihar mereka akur kepada Russia dan menjadi wilayah Russia.

 Apa sebenarnya berlaku ke atas MH17



 Berdasarkan kepada carian online menyatakan bahawa laluan yang diambil oleh MH17 adalah sah dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan  International Air Transport Association (IATA). Menurut pihak MAS bahawa, penerbangan MH17 dalam ruang udara Ukraine telah diterima oleh Eurocontrol pada ketinggian altitude 35,000 kaki tetapi pihak pengawal udara Ukraine telah mengarahkan untuk terbang pada ketinggian 33,000 kaki dan ini menepati piawaian ICAO dan IATA.

Sebelum insiden MH17 ini, pihak yang bertelagah di kawasan sempadan Russia-Ukraine telah menembah dua buah pesawat tentera kerana memasuki ruang udara mereka dan difahamkan sejumlah penerbangan telah melalui ruang udara ini sebelum pesawat penumpang ini ditembak jatuh oleh sistem pertahanan peluru berpandu BUK.

Kini, yang menjadi pertikaian adalah kedua-dua pihak tidak membenarkan Pasukan Penyiasat Antarabangsa menghampiri kawasan tersebut, sedangkan perompak dan pengganas telah menjarah tapak nahas dengan mengambil barang-barang berharga peninggalan mangsa nahas.

Hingga artikel ini ditulis, negara-negara mangsa nahas memberi tekanan kepada pihak Ukraine dan Russia untuk memberi kerjasama dalam menyelesaikan Insiden ini. Tetapi pihak berkenaan masih berdolak dalik. Semoga semua urusan berkenaan MH17 dipermudahkan Allah s.w.t.

Wallahualam.

#ARTIKEL INI HANYA PENJELASAN KEADAAN SEBENAR DI UKRAINE. KENAPA DAN MENGAPA MEREKA BERTINDAK MENEMBAK JATUH PESAWAT YANG MELALUI RUANG UDARA MEREKA. MOHON RUJUK ARTIKEL LAIN UNTUK MENGETAHUI JARAK TERLARANG BAGI SESUATU PESAWAT...

http://www.astroawani.com/news/show/apa-yang-terjadi-kepada-mh17-40243
http://www.sinarharian.com.my/rusia-ukraine-isytihar-perang-1.256550
http://siasahdaily.blogspot.nl/2014/03/hubungan-rusia-ukraine-dan-geopolitik.html
http://aviationweek.com/commercial-aviation/mh17-flight-route-approved-eurocontrol-safe-icao-iata
http://blog.wandr.me/2014/07/notam-malaysia-airlines-mh17/
http://rt.com/news/173652-fights-avoid-ukrain-malaysian/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...