SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Saturday 19 July 2014

Husnul Khatimah - Pengakhiran Hayat Yang Baik

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat buat seluruh pembaca yang dikasihi sekalian.

Kita masih diselubungi "suram" ekoran Insiden MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan krew. Semoga ahli semua ahli keluarga dan sahabat handai mangsa tabah dan redha dengan ketentuan Illahi ini.

"Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya"... (Al-Imram [3] : 185) cuma kita tidak tahu bila dan di mana sahaja dan sesungguh Allah Maha Bijaksana.

44 orang dari jumlah korban merupakan rakyat Malaysia yang terdiri daripada penumpang dan krew kabin, seorang dari mereka adalah kawan admin, seperti dalam artikel sebelum ini. Merujuk kepada Ayat 185 dari Surah Ali-Imran di atas, sedarlah kita bahawa setiap insan pasti akan kembali semula kepada Allah. 

Kematian bukan satu perkara biasa dan ia merupakan satu peristiwa besar yang menyakitkan, ditandai dengan terputusnya hubungan antara roh dan jasad dan ianya adalah perjalanan dari satu alam ke alam lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua  keadaan iaitu Akhir Hayat yang Baik dan Akhir Hayat yang Buruk dan kebiasaannya kita mendengar istilah Husnul Khatimah yang bermaksud pengakhiran hayat dalam keadaan baik dan istilah Suul Khatimah pula adalah pengakhiran yang buruk. Kedua-dua istilah ini sebenarnya menggambarkan nasib yang akan dilalui oleh si mati selepas kematiannya.

Bagi orang-orang yang meninggal dalam keadaan Husnul Khatimah yang boleh dikenali dan wajar diketahui oleh semua semua orang Islam. Tanda-tanda itu adalah seperti berikut :

  1. Mengucap Kalimah Syahadah
  2. Dahi atau Kening berpeluh
  3. Meninggal pada malam jumaat malam atau siangnya
  4. Mati Syahid 

  • Sabda Rasulullah s.a.w. dengan maksud :  Barang siapa di akhir hayatnya mengucap "la ilaha illallah" (tiada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah s.w.t.) maka ia masuk syurga. (HR Abu Daud).
  • Satu riyawat dari Abu Buraidah bin Hashib r.a. menyatakan, ketika beliau di Khurasan, seorang saudara kembali kepadanya dalam keadaan sakit hingga beliau sempat menyaksikan kematiannya. Saat saudarana itu meninggal dunia, ia melihat peluh keluar dari dahi, dan ia berkata : Allahuakabar. Aku mendengar, Rasulullah s.a.w. bersabda "Meninggalnya seorang mukmin ditandai dengan peluh di dahinya. (HR Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah).
  • Diriwayatkan Abdullah bin Umar r.a. dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malamnya, melainkan Allah melindunginya dari fitnah siksa kubur. (HR Tirmizi)
  • Keempat, MATI SYAHID, terdapat 5 jenis syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:
    • al-Mathun : Syahid kerana Wabak 
    • al-Mabthun : Syahid kerana sakit perut
    • al-Gharik : Syahid kerana tenggelam atau karam
    • Shahibul hadm : Syahid kerana ditimpa tanah runtuh
    • Syahid dalam perang di jalan Allah.
Ini adalah sedikit pernyataan yang dapat kami kongsikan berkenaan dengan Husnul Khatimah. Perkara ini sentiasa dibincangkan oleh alim ulama untuk pencerahan kepada umat muslimin. Apa yang pasti, setiap yang hidup pasti akan menemui mati dan ada baiknya kita berdoa untuk Allah s.w.t. ganjarkan kepada kita Husnul Khatimah ini. Insya Allah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...