SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 18 November 2013

Rumusan Catatan Empayar Yavadwipa


Rumusan Catatan Empayar Yavadwipa dari Abad 1-10 Masihi. Walaupun kabur dan samar-samar tentang catatan Empayar Yavadwipa ini, ianya boleh disingkap seperti berikut:

PERKARA           
PERNYATAAN
MUNCUL DAN RUNTUH PADA ABAD 1 – 3M

Empayar ini mucul di Benua Asia Tenggara. Ianya bermula di Medang Kamulan (Baca Entri ini)
KEBANGKITAN SEMULA PADA AWAL ABAD KE-8 HINGGA 10 MASIHI
  1. Kebangkitan Kedua ini berlaku selepas keruntuhan Empayar Sriwijaya. Orang-orang menggelar empayar ini dengan nama Zabag yang sama maksud dengan Javaka atau Yava. Ianya dinyatakan sebagai sebuah empayar yang menguasai Srivijaya yang disebut oleh orang Arab sebagai Sribuzah.
  2. Pusat Pentadbirannya dinyatakan agak jelas iaitu terletak di Pantai Timur Laut Semenanjung yang ketika itu bernama Yavadwipa, manakala penduduknya bergelar Bangsa Yava atau Jawa.
  3. Jika diteliti dan dikaitkan dengan keadaan sekarang kita akan melihat ada dua Java ini, satu di bahgaian Darat dan satu bahagian Kepulauan seperti yang dinyatakan oleh Ptolemy tentang Bhumi Java dalam Prasasti Kota Kapur dalam hubungannya dengan Kalingga.
ZAMAN KEGEMILANGAN
  1. Dua Java yang dinyatakan ini sebenarnya terikat dalam satu ikatan politik yang kukuh hingga mewujudkan kestabilan politik, keseimbangan ekonomi dan perkembangan kebudayaan dan kesenian. Abad 8 – 10 Masihi adalah Zaman Keemasan bagi Yavadwipa.
  2. Dalam jangka masa ini terbinanya Candi Borobudur dalam abad ke-9 yang melambangkan kemajuan pemikiran rakyat empayar Yavadwipa dalam aspek agama dan ketuhanan hingga dianggap sebagai satu keajaiban dunia.
  3. Jika diteliti dari binaan Borobudur ianya bukan sahaja binaan masyarakat Jawa, tetapi ianya adalah hasil pemikiran ahli senibina dari seluruh Asia Tenggara yang disatukan dalam pembinaan Candi ini.
  4. Sumber emas yang banyak membolehkan Sri Maharajanya dapat melaksanakan projek pembangunan projek mega ini ditambah dengan jumlah penduduk yang ramai ketika itu.
RIWAYAT TRADISI KELANTAN
  1. Ketika zaman keemasan ini, Sri Maharaja-Sri Maharaja Yavadwipa (Zabag) ini sering berulang ali antara Yava Semenanjung dengna Yava Pulau.
  2. Mereka akan menetap selama 6 bulan di Pulau dan 6 bulan lagi di Semenanjung ini termasuk masa pelayaran.
  3. Dari pulau-pulau inilah Sri Maharaja mendapatkan sumber manusia yang ramai untuk melancarkan perang.
  4. Manakala di Pulau Jawa sendiri memang wujud raja-raja bassal yang setia dari “keluarga Sailendra” di Jawa Tengah dan senantiasa bersedia untuk menjalankan perintah dari Sri Maharaja-Sri Maharaja untuk menjaga keutuhan Empayar.
  5. Pada 820 Masihi, Empayar ini mencapai kegemilangannya dengan mempunyai kawasan taklukan yang paling luas iaitu dibawah penguasaan Sri Maharaja rakai Mataram, Sang Ratu Sanjaya ketika berada di Semenanjung telah menamakan empayar ini sebagai Sampugita iaitu singkatan Sang Bunga Gita dalam Bahasa Melayu- Sanskrit. Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud Nyanyian Sang Bunga.
  6. Maksud bunga dalam ayat ini adalah merujuk kepada Bunga Teratai yang juga lambang Srivijaya. Inilah yang sentiasa disebut oleh orang-orang China dengan san-fo-chi dan empayar ini telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China pada 905 Masihi seperti yang dinyatakan dalam Sung Shih.
  7. Kerana itu, Orang China merujuk empayar ini sebagai san-fo-chi dan orang Arab kekal merujuk kepada Zabag atau Zabaj.
KERUNTUHAN EMPAYAR SAMPUGITA     
  1. Penghujung abad ke-10 hingga awal abad ke-11, Empayar Sampugita ini telah berpecah belah antara Daratan dan Kepulauan.
  2. Perpecahan ini berlaku ekoran perubahan polisi pentadbiran yang menyeluruh berupa pemberian kemerdekaan secara sukarela oleh seorang Sri Maharaja kepada saudara-saudara dan kaum kerabatnya yang hampir diangkat menjadi raja-raja merdeka.
  3. Akhir abad ke-10, Sri Maharaja tersebut telah memberi kemerdekaan kepada Champa dan Pulau Varuna (Kalimantan) Timur dan Utara serta seluruh kepulauan Dhanu (Filipina) yang diletakan dibawah Raja Varuna (Brunei)
  4. Fakta paling penting dalam konteks ini adalah pemberian kemerdekaan kepada Raja Pulau Jawa, dengan menggabungkan Kepulauan Nusa Tenggara, Kepulauan Maluku, Pulau Irian, Pulau Sulawesi dan Pulau Varuna (Kalimantan) Barat dan Selatan.
  5. Sri Maharaja ini juga telah memberi kemerdekaan kepada Raja Srivijaya dalam tahun 1018 Masihi dengan kawasan pentadbiran merangkumi seluruh Kepulauan Sumatera dan Sebahagian Pantai Barat Semenanjung iaitu wilayah Kataha (Kedah) yang juga merupakan pusat perdagangan yang penting waktu itu.
  6. Sri Maharaja ini hanya mengekalkan Empayar Sampugita meliputi Semenanjung (kecuali Kataha), Seluruh Segenting, Seluruh Dvaravati (Thailand Tengah & Utara) dan Pagan (Burma) Selatan.
  7. Setelah perpecahan ini barulah muncul nama She-po atau Yavadalam catatan-catatan China yang merujuk kepada Pulau Jawa sekarang.
PERMUSUHAN DENGAN INDIA
  1. Fakta sebelum ini telah menyatakan bahawa Sri Maharaja Sanjaya yang mengasaskan nama Sampugita ini telah menyerang dan menakluk seluruh Benua India.
  2. Ini telah menimbulkan permusuhan berpanjangan antara Sampugita (Asia Tenggara) dengan India. Sejarah Malaysia telah mencatat bahawa Raja Gopal dari Chola telah menyerang Kedah dan kami percaya bahawa serangan ini sebagai membuktikan kebangkitan India ketika itu.
  3. Hal ini telah menyebabkan pemerintah Sampugita ketika itu sering memindahkan Ibu Kota nya dalam ngara di Asia Tenggara ini. Perkara ini juga telah menyebabkan ramai pengkaji terkeliru dengan nama-nama Ibu Kota  Sampugita ini, ianya bermula dalam abad ke-12, berikut kami ringkaskan:
Dari Yavakoti – Pantai Barat Semenanjung (antara Segenting Kra hingga ke Perak yang ketika itu dikenali sebagai Gangganagara) – Jambi – Kawasan Kalah (Segenting Kra) – Pantai Timur Semenanjung – Pulau Sumatera – Akhirnya ke Palembang yang suatu ketika Ibu Negeri Srivijaya.
1)      Kecelaruan fakta inilah menyebabkan pengkaji meragui fakta dari Catatan Arab dan China.
                 

               



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...