SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Wednesday 20 November 2013

Menteri Besar Kelantan 9 : Dato' Ahmad Yakob

Ahmad Yaakob merupakan ahli politik PAS di Malaysia. Beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan mulai 23 Mac 2004 sehingga 3 April 2013. Selepas itu beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013 hingga sekarang.

Keluarga
Ahmad Yakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Febuari 1950. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bt Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan. Pada 1980, beliau berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid - seorang guru. Mereka dikurnia 11 anak.

Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Berangan. Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam , Kota Bharu.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam , Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).

Politik
Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad- tokoh PAS Kelantan. Ahmad Yakob menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986 . Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan,Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang DiPertua PAS kawasan Tumpat,Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.

Tahun 1995 , beliau ditawar bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.Oleh itu beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru Siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS.Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan beliau menang dengan majoriti 2,734 undi.

Pada 17 Mei 1987, Menteri Besar Kelantan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia .Sebelum ini dipegang oleh Rozali Isohak (Semangat 46) yang telah digugurkan kerana masuk UMNO. Selepas Pilihan raya 1999, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 , ahmad Yakob menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bhg Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi.
Pada 23 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan diadakann di Istana Negeri Kubang Kerian bagi menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa).

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah berkhidmat selama lima penggal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...