SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Wednesday 20 November 2013

Mantan Menteri Besar Kelantan 8 : Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Dato’ Bentara Setia) 1990-2013
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga ilmuan Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah pondok di Jerteh, Terengganu. Pada tahun 1958, beliau telah ke India untuk mendalami ilmu Fiqh, usul Fiqh, tafsir al-Quran & al-Hadis di Universiti Deoband (Darul Ulum). Setelah menamat pengajian di India, Tuan Guru meneruskan lagi pelajaran di Mesir dimana beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Pengajian Bahasa & Ijazah Sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam.

Sekembalinya dari Mesir, beliau mula mengajar di kampung-kampung dan menjadi pengajar di Sekolah Maahad Muhammadi. Pada tahun 1967, beliau telah menyertai Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kelantan (Pengkalan Chepa) sehingga tahun 1986 dimana beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Bachok.


Beliau telah dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat hingga ke saat ini dan menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan. Kehadiran beliau dalam kepimpinan PAS Kelantan telah merubah parti itu ke visi perjuangan Islam. Beliau telah menerajui parti PAS sehinggalah pada 23 Oktober 1990 di mana parti PAS bersama-sama Semangat 46 dan BERJASA telah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah iaitu (APU) dan telah berjaya mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan dan Tuan Guru dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan sehinggalah melepaskan jawatan tersebut pada 2013 untuk diterajui oleh kepimpinan baru.

Beliau telah pulang ke rahmatullah pada malam jumaat jam 9:45 malam, 12 Februari 2015 pada usia 84 tahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...