SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 18 November 2013

EMAPAYAR SRIWIJAYA

PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan kesempatan kepada kita untuk berkongsi dengan anda semua tentang Empayar Sriwijaya. Empayar ini tersangat besar hingga tidak dapat digambarkan oleh nenek moyang kita. Namun begitu, kajian demi kajian dilakukan hinggalah kita didedahkan dengan penulisan Ustaz Abdullah Mohamed (Nakula) berkenaan kerajaan kuno ini.

Kini, ramai pengkaji sejarah tidak mahu mengakui Kelantan adalah pusat pentadbiran Empayar Sriwijaya ini. Namun, kita tidak mahu mempersalahkan sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab anak negeri untuk membuka kisah nenek moyang mereka untuk tatapan generasi seterusnya.
Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita selongkar tentang Empayar Sriwijaya.

RAKTAMRITTIKA
Dalam entri sebelum ini kita akan mengisahkan tentang Yawadwipa dan seterusnya wujud nama Raktamrittika, dan kisah seterusnya berkembang dari negera Raktamrittika ini.
Pada abad ke-7 dari nama Raktamrittika ini muncul nama baru iaitu Sri Wijaya Mala yang dinamakan oleh seorang Maharaja yang bergelar Sri Jayanaga. Nama asal baginda adalah Prabhasadharma namun baginda lebih terkenal dalam riwayat tradisi Kelantan dengan gelaran Raja Ahmad atau Tok Raja Jawa.

Selain itu, Baginda juga terkenal dengan gelaran Maharaja Gegar Alam, Raja Marong Mahawangsa, Maharaja Alif, Maharaja Benua Rom, Prabhu Wisnu Dewa dan lain-lain nama lagi. Baginda adalah cicit kepada Gautama yang memberontak kepada Fu-nan dan membina negara baru yang dikenali sebagai Raktamrittika itu.

Ibu Kota Sriwijaya Mala bernama Valai Penjuru. Pada tahun 667Masihi, baginda telah menakluk seluruh semenanjung dan mengisytiharkan nama empayarnya sebagai  Sriwijaya. Kemudian baginda telah menakluk kepulauan Sumatera dan seluruh Asia Tenggara. Nama Yawadwipa dihidupkan kembali dan ianya terpakai untuk semenanjung ketika itu.

Lokasi pusat pentadbiran Sriwijaya ini telah diulas dan dikaji oleh ramai penyelidik, namun pernyataan dari J.L. Moens yang telah mengkaji lokasi pusat pentadbiran Sriwijaya ini dan beliau telah mendapati pusat pentadbiran Sriwijaya terletak di Pantai Timur Semenanjung. Pernyataan beliau berasaskan catatan I-Ching dan juga catatan 2 orang sami Budha yang dalam perjalanan ke India iaitu Wu Hing dan Che Hong. I-Ching dalam pelayaran beliau dari China ke India pada tahun 671M telah singgah di Negeri Malayu yang ketika itu mempunyai pemerintahan mereka sendiri.


Kami akan mengulas lebih lanjut tentang pencarian lokasi sebenar pusat pentadbiran Sriwijaya dalam entri berikutnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...