SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Wednesday 12 September 2012

SIRI BONGKAR : TOK JANGGUT 2


SEJARAH YANG KITA KETAHUI

Haji Mat Hassan bin Panglima Munas @ Tok Janggut, telah menawan Pasir Puteh dan telah memaksa Encik Latif meminta bantuan askar tambahan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekut. Maka pada 6 Mei 1915, satu pasukan yang dianggotai oleh 200 askar (lebih kurang) berserta senjata berat telah dihantar ke Pasir Puteh.

Maka berlakulah peperangan yang hebat di Kampung Merbuk dan Kampung Pupoh pada 25 Mei 1915.
Tercatat dalam Sejarah Malaysia bahawa Tok Janggut telah gugur dalam pertempuran ini. Mayat beliau telah dibawa ke Kota Bharu dan di arak seluruh bandar dan jenazah beliau telah di gantung secara terbalik di padang bank, setelah seminggu ia dikuburkan di Pasir Pekan. (sila rujuk disini untuk paparan bergambar jenazahTok Janggut)

Begitulah fakta yang tercatat dalam Sejarah Malaysia dan ianya telah diterima pakai dalam silibus pengajian sejarah peringkat sekolah rendah dan menengah.


TERSURAT : Makam Tok Janggut, di Pasir Pekan.


PENDEDAHAN OLEH WAN ASRUL AL AYDRUS
Namun begitu, telah tampil waris Tok Janggut yang menyangkal fakta sejarah yang telah tercatat sekian lama. Beliau mengatakan bahawa bahawa Tok Janggut telah diselamatkan di bawa ke lari ke Gua Musang.
Kisah lanjut sudah didedahkan dalam Siri Bongkar : TokJanggut 1

Seterusnya beliau telah bersembunyi dan menukar identiti. Pada masa beliau bersembunyi, Tok Janggut amat rapat dengan Tok Selehor, iaitu seorang Tokoh Agama yang terkenal pada tahun 1920an. (kita akan buat posting mengenai Tok Selehor ini), bagaimanapan beliau Meninggal Dunia pada 1935.

Tok Janggut telah dipertemukan dengan Mat Kilau, Dato Bahaman, Mat Kelantan dan De Ibrahim oleh Tokku Paloh, Sayyid Abdul Rahman Al Aydrus. Setelah itu, bermulalah episod mereka belajar hukum hakam agama dengan Tok Janggut selepas ketiadaan Tokku Paloh ini kerana Tok Janggut adalah individu paling tua antara semua walaupun beliau lewat sedikit bangkit berjuang, disebabkan masanya banyak dihabiskan di Mekah.

Hampir kesemua pahlawan yang bersembunyi waktu itu merujuk hal-hal hukum hakam agama dengan Tok Janggut. Mat Kilau pernah bertanya kepada Tok Janggut “Abe Mat, tokse tubek ko? Oghe Putih tak dok doh ni...” Mat Kilau, fasih berbicara dalam dialek Kelantan kerana dia juga keturunan Orang Kelantan juga (sebelah bonda beliau).

Jawab Tok Janggut kepada pertanyaan Mat Kilau, “Puok-puok demo tu pilih nak turut oghe putih, biar oghe putih tak dop pun....biarlah aku lagu ni jah”.
Ini berikutan, usia Tok Janggut ketika itu sudah agak uzur dan dipercayai ketika itu umur Tok Janggut dalam lingkungan 117 tahun.

Pada tahun 1969,  Mat Kilau mengishtiharkan diri di Kampung Pulau Tawar, Pahang, Mat Kelantan terus menetap di Kuala Krai, Dato Bahaman terus menyamar menggunakan nama Tok Peramu dan Tok Janggut berpindah alam dan disemadikan di Tanah perkuburan Kampung Panji, seperti orang kebanyakan. Maka, hanya yang pernah sampai di kubur tu saja, akan tahu hok mano so kubur Pejuang Islam Sejati Kelantan Haji Mat Hassan Bin Munas Bin Samad @ Tok Janggut.

Paling utama Tok Janggut berjuang di Tanah Melayu ini adalah membawa pesanan dan didikan Sheikh Ahmad Al Fathoni, iaitu Islamkan Tanah Melayu, bagi Tok Janggut apabila sudah merdeka dan selepas merdeka mahkamah yang perlu cuba adili Tok Janggut, mahkamah dan sistem mahkamah yang pernah memghukum sahabat-sahabat Tok Janggut hok lain sepert Dato Maharajalela, sipuntum, dato sagor dan lain-lain, masih ada...

Baginya cukuplah berdiam diri, dengan pula keadaannya makin uzur waktu ketika itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...